Tuesday, May 5, 2009

LILIN TIDAK MUDAH CAIR.

Makan malam dengan sinaran cahaya lilin memang romantik. Tetapi malangnya, lilin pula cepat cair sebelum hidangan habis. Untuk mengatasinya, masukan lilin kedalam peti sejuk sebelum menggunakannya. Dengan cara itu, lilin anda akan menyala dengan perlahan dan tidak mudah cair.

BIJI CILI MUDAH LUMAT

Masakan sambal tumis memang sedap dimakan tetapi awas, biji cili yang tidak lumat dikisar akan membahayakan kesihatan kita. Pastikan anda mengisar cili kering atau cili segar sehingga bijinya lumat. Untuk memudahkannya, masukan sedikit minyak masak semasa mengisar cili tersebut.

BARANG KEMAS KEMBALI BERKILAU

Barang kemas yang kusam tidak sedap dipandang. Sediakan semangkuk air . Campurkan air tersebut dengan ubat gigi. Rendamkan barang kemas anda selama setengah jam. Kemudian berus barang kemas dengan berus gigi lama agar lebih bersih. Bilas lah dengan air bersih. Hasilnya barang kemas anda akan kelihatan seperti baru.

Sunday, May 3, 2009

KULIT WAJAH SIHAT DAN BERSIH

Buah buahan segar bukan sahaja baik untuk kesihatan dalaman tetapi juga boleh dijadikan penyegar untuk kulit muka. Ambil tomato ataupun betik masak dan gosokkan ke kulit muka. Biarkan selama lebih kurang 15 minit dan bilas dengan air. Hasilnya, kulit muka anda akan sihat dan cantik , jika diamalkan selalu.
Cubalah.

MELEGAKAN SAKIT TUMIT

Ambil setengah atau sekilo garam kasar. Panaskan dengan menggunakan kuali dengan cara menggoreng tanpa menggunakan minyak. Setelah garam menjadi panas, bungkus menggunakan kain. Kemudian tuam tumit anda dengan garam kasar tersebut. Amalkan selalu agar sakit tumit anda semakin reda.